~ #ProductReview TimeWise Miracle Set ~
Assalamualaikum and good morning!
Hai Juna kembali bersiaran lagi. Membawakan kepada anda product review yang seterusnyaaa iaituuu. Jeng jeng jeng.
Hai Juna kembali bersiaran lagi. Membawakan kepada anda product review yang seterusnyaaa iaituuu. Jeng jeng jeng.
.
.
.
.
TimeWise Miracle Set
.
.
.
.
.
Kenapa miracle? Sebab TW Miracle Set ni membekalkan 11 faedah menentang usia. Haaa. 1 produk dengan 11 kebaikan. Nak tau apa dia?
Membersih,
mengeksfolitasi (pengelupasan membuang sel kulit mati),
menyegarkan,
mencergaskan,
melembap,
melicinkan,
menegangkan,
melembutkan,
melindungi,
membina semula
dan
mengurangkan garis halus dan kedutan.
Haa. Mohon jangan pening. Sebab ni baru permulaan. Hihi. Kalau BE ada 3 formula, Timewise pulak datang dalam 2 formula. Cleanser dan Moisturizer ada 2 formula iaitu Normal to Dry dan Combination to Oily. Cuma untuk Timewise ni nasihat aku, kalau kau rasa kulit kau combination to Oily yang tak sangat2 oily, cuba amik sample Normal to Dry dulu. Sebab dia akan jadi overdry untuk kulit kombinasi yang tak oily sangat tadi. Dalam regime ni ada 4 item:
1. TimeWise 3-in-1 Cleanser - Fungsi 3 dalam 1 iaitu membersih, mengelupas dan menyegar. Membersih dengan menanggalkan kotoran dan mekap. Mengelupas dengan membuang sel kulit mati yang terlebih2 kat kulit muka kita tu dan hasilnya kulit kita kurang kusam dan makin segar
2. TimeWise Day Solution Sunscreen SPF 35 / PA +++ - Fungsi utamanya adalah untuk melindungi dan menyekat kulit daripada ancaman sinar UVA/UVB yang berbahaya. Selain tu Day Solution ni mengandungi antioksidan yang menyahaktifkan radikal bebas, selain menangkan dan melegakan garis-garis halus kat muka kita.
3. TimeWise Night Solution (botol putih lutsinar dalam gambar) - mengoptimumkan proses pembaharuan kulit untuk mengembalikan keanjalan dan ketegangan kulit sambil membantu memudarkan garis-garis dan kedutan. Sebelah pagi kulit kita dah terdedah dengan kerosakan, so waktu malam kite heal balik dengan night solution ni. Initpati dia dari bahan botani dan peptida antipenuaan. Dalam tu ade nutribeads ada vitamin yang merangsang kolagen untuk melicin dan menegangkan kulit.
4. Age Fighting Moisturizer - mengelakkan kehilangan lembapan dengan penghidratan selama 10 jam lamanya selain menjadikan kulit lebih tegang, licin dan muda.
Review aku sebagai seorang pengguna, aku sangat suka pasangan day and night tu. Especially night solution. Bila bangun pagi kau akan rasa kulit kau sangat lembut, licin dan lebih anjal. Pair kan dengan day solution, kulit kau mcm dpt perlindungan 24 jam sebab Day Solution tu dah bekerja protect kulit ko dari UVA/UVB.. Moisturizer masih diperlukan, masih tak mengecewakan walaupun aku kurang gemar nak pakai. Cleanser memang best. Pengalaman sendiri, Miracle Set ni memang miracle.
Okay. Selesai dah sharing aku pasal TimeWise Miracle Set ni. So kalau korang berminat nak cuba, tapi takut tak sesuai dengan keperluan kulit korang, aku bole tolong insyaAllah. I am happy to be at your service. So till then, jumpa lagi dalam post seterusnyaaaa. Byeeee.
P/s: if you are interested in samples, let me know. :)
Mary Kay Independent Beauty Consultant
Juliana | 0113.255.8016

Comments